"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Tuhanmulah yang maha pemurah" (Surah Al-Alaq : 1-3)"
Inilah ayat al-Quran yang membuktikan bahawa Allah menyuruh supaya manusia itu menuntut ilmu. Tidak kira apa ilmu yang dipelajari asalkan tidak lari daripada landasan syariat serta peraturan Allah.
Ayat ini juga menjelaskan sumber pengajaran iaitu sumbernya ialah Allah. Dari Allah, manusia mengambil ilmu pengetahuan yang telah dan sedang diketahuinya. Dari Allah, manusia mengetahui segala rahsia alam yang dibuka kepadanya mengetahui segala rahsia kehidupan dan rahsia dirinya sendiri. Segalanya datang dari satu sumber dan disana tiada sumber yang lain dari Allah (tafsir Fi-Zilalil Quran)
Sains dan Islam - memang tidak dapat dipisahkan. Hal ini disebabkan umat islam disuruh Allah mengkaji rahsia alam semesta secara sistematik. Allah memuliakan golongan yang suka mengkaji alam dan menggelar mereka sebagai ulul albab. Ulul albab ialah golongan yang menggunakan akal dengan sempurna bagi mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspektifnya yang betul. Dalam surah Ali Imran ayat 190-191, Allah menjelaskan yang bermaksud, "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih berganti siang dan malam terdapat tanda-tanda bagi ulul albab. Iaitu orang yang mengingati Allah sambil dalam keadaan apa sekalipun dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi kemudian berkata, ' Wahai Tuhan kami, kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka"
Sains dari aspek bahasa dan istilah ;
1. Dari perkataan Inggeris : science. Juga berasal daripada perkataan scio,scire atau scientica (bahasa latin) yang bermaksud pengetahuan.
2. Sains mengikut encarta ensiklopedia "Systematized knowledge in any field, but applied usually to the organization of objectively verifiable sense experience".
3. Sains dalam skop yang luas : ilmu-ilmu yang diperoleh secara sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif.
4. Satu ilmu yang dihasilkan melalui proses cerapan (iaitu analisis dengan menggunakan pancaindera) serta fahaman yang lahir daripadanya.
5. Sains adalah huraian secara sistematik tentang fenomena tabi'i iaitu semulajadi yang melibatkan penggunaan intelek disamping kaedah yang dapat diukur (kuantitatif)
6. Kajian yang rasional dan empirikal yang mana tiada kaitan dengan wahyu,intuisi,emosi dan agama.
Sains terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu;
1.Sains tulen/ Sains tabi'i
2.Sains gunaan(teknologi kejuruteraan)
3.Sains sosial(tabiat manusia)
Sains dari aspek keilmuan islam ;
1.Asas wahyu dan akal
- wahyu sebagai sumber rujukan tertinggi
2.Konsep tauhid
- tunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah
3.Mengikut hukum syarak
- Maklumat atau fakta menerusi penyelidikan dan penemuan yang menggunakan kaedah tertentu tidak bercanggah dengan hukum syarak bagi menjelaskan kebenaran.
4.Cabang ilmu pengetahuan yang sistematik
- sebab dan akibat yang boleh diuji dan dikaji kebenarannya
5.Hasil gabungan unsur
- metafizik dan fizik,ilmu aqli dan naqli,ilmu intelek dan ilmu wahyu
6.Sains islam
- berasakan nilai,neutral dan objektif
No comments:
Post a Comment