Saturday, 25 July 2015

Sains dalam Islam merangkumi 3 kategori utama , iaitu ;

  • Sains propaedeutik - melibatkan kemahiran spt membaca,menulis,ilmu pengetahuan,timbangan,pertanian,biografi dan sejarah.
  • Sains syariah - bidang agama islam,termasuk ilmu tajwid,hadith,syariah,tafsir dan lain-lain.
  • Sains falsafah - merangkumi 4 bahagian utama,iaitu matematik,propaedeutik,logik,sains tabi'i dan matematik tabi'i.

Definisi teknologi 
1. Sudut bahasa : perkataan Greek(technologia),Yunani(techne) yang bermaksud seni,kemahiran dan rekaan.
2. Sudut istilah : ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem dan biasanya dikaitkan dengan proses industri.
3. Kesimpulan : teknologi ialah ilmu yang berbentuk praktikal atau teknikal yang membolehkan manusia membuat sesuatu perubahan yang bermanfaat ke atas alam tabi'i.\

Teknologi dari aspek keilmuan islam 
- Teknologi dari perspektif Islam bertujuan memberi kemudahan dan kemakmuran kepada manusia tanpa unsur kerosakan dan tidak terkeluar daripada etika prinsip dasar-dasar Islam.

- Manusia tidak boleh mendabik dada mendakwa bahawa ilmu pengetahuan yang dimilikinya adalah daripada usaha,kehendak dan ketentuannya semata-mata.

- Oleh itu teknologi adalah satu pengetahuan kemahiran yang memberi fokus kepada cara menggunakan ciptaan sains untuk membantu kehidupan manusia mengabdikan diri kepada Allah S.W.T bertunjangkan kepada konsep tauhid.

Dalam tradisi islam,teknologi tergolong dalam konsep al-'ilm atau al-'ulum. Teknologi merangkumi 2 jenis :
1. 'ilm sina'i - iaitu sains pembuatan.
2. 'ilm handasah atau umran - iaitu sains arkitek dan kejuruteraan.

Definisi kejuruteraan :
-> Kejuruteraan adalah tergolong daripada sains gunaan yang dikaitkan dengan teori asas merekabentuk sesuatu hasil keluaran atau sesuatu yang boleh memberi khidmat kepada manusia. Jelasnya kejuruteraan merupakan pemahaman sains tentang fenomena fizikal yang digunakan didalam teknologi dan proses merekabentuk yang digunakan didalam teknologi dan proses merekabentuk teknologi tersebut menggunakan kaedah yang paling efisyen.

Definisi kejuruteraan menurut islam :
-> Kejuruteraan adalah satu disiplin ilmu yang berkaitan dengan kepandaian untuk menggunakan teknologi secara efisyen bagi tujuan kebaikan manusia,membantu manusia dalam memenuhi tugas khalifah secara berkesan.

Rumusan : 
1. Islam hanya menerima bentuk teknologi yang boleh memberi manfaat seperti untuk kemudahan dan kemakmuran ummah.
2. Islam menolak teknologi yang membawa kerosakan kepada minda dan fizikal.
3. Ia ditentukan berdasarkan kepada etika dan prinsip-prinsip dasar Islam.

B. Pengertian Sains Teknologi dan Kejuruteraan menurut Islam

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Tuhanmulah yang maha pemurah" (Surah Al-Alaq : 1-3)"

Inilah ayat al-Quran yang membuktikan bahawa Allah menyuruh supaya manusia itu menuntut ilmu. Tidak kira apa ilmu yang dipelajari asalkan tidak lari daripada landasan syariat serta peraturan Allah.

Ayat ini juga menjelaskan sumber pengajaran iaitu sumbernya ialah Allah. Dari Allah, manusia mengambil ilmu pengetahuan yang telah dan sedang diketahuinya. Dari Allah, manusia mengetahui segala rahsia alam yang dibuka kepadanya mengetahui segala rahsia kehidupan dan rahsia dirinya sendiri. Segalanya datang dari satu sumber dan disana tiada sumber yang lain dari Allah (tafsir Fi-Zilalil Quran)

Sains dan Islam - memang tidak dapat dipisahkan. Hal ini disebabkan umat islam disuruh Allah mengkaji rahsia alam semesta secara sistematik. Allah memuliakan golongan yang suka mengkaji alam dan menggelar mereka sebagai ulul albab. Ulul albab ialah golongan yang menggunakan akal dengan sempurna bagi mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspektifnya yang betul. Dalam surah Ali Imran ayat 190-191, Allah menjelaskan yang bermaksud, "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih berganti siang dan malam terdapat tanda-tanda bagi ulul albab. Iaitu orang yang mengingati Allah sambil dalam keadaan apa sekalipun dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi kemudian berkata, ' Wahai Tuhan kami, kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka"

Sains dari aspek bahasa dan istilah ;
1. Dari perkataan Inggeris : science. Juga berasal daripada perkataan scio,scire atau scientica (bahasa latin) yang bermaksud pengetahuan.
2. Sains mengikut encarta ensiklopedia "Systematized knowledge in any field, but applied usually to the organization of objectively verifiable sense experience".
3. Sains dalam skop yang luas : ilmu-ilmu yang diperoleh secara sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif.
4. Satu ilmu yang dihasilkan melalui proses cerapan (iaitu analisis dengan menggunakan pancaindera) serta fahaman yang lahir daripadanya.
5. Sains adalah huraian secara sistematik tentang fenomena tabi'i iaitu semulajadi yang melibatkan penggunaan intelek disamping kaedah yang dapat diukur (kuantitatif)
6. Kajian yang rasional dan empirikal yang mana tiada kaitan dengan wahyu,intuisi,emosi dan agama.

Sains terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu;
1.Sains tulen/ Sains tabi'i
2.Sains gunaan(teknologi kejuruteraan)
3.Sains sosial(tabiat manusia)

Sains dari aspek keilmuan islam ;
1.Asas wahyu dan akal

  • wahyu sebagai sumber rujukan tertinggi
2.Konsep tauhid
  • tunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah
3.Mengikut hukum syarak
  • Maklumat atau fakta menerusi penyelidikan dan penemuan yang menggunakan kaedah tertentu tidak bercanggah dengan hukum syarak bagi menjelaskan kebenaran.
4.Cabang ilmu pengetahuan yang sistematik
  • sebab dan akibat yang boleh diuji dan dikaji kebenarannya
5.Hasil gabungan unsur
  • metafizik dan fizik,ilmu aqli dan naqli,ilmu intelek dan ilmu wahyu
6.Sains islam
  • berasakan nilai,neutral dan objektif
A. Sains teknologi dan kejuruteraan dalam islam
  • Islam adalah agama yang sejahtera dan mementingkan hubungan pencipta dan makhluk-Nya melalui pelbagai bentuk dan cara pengabdian daripada sudut fizikal, mental,rohani dan jasmani. Oleh yang demikian, manusia khususnya umat Islam wajib menguruskan hal urusan kehidupan di dunia sebagai khalifah yang menjaga maruah dan prinsip sebagai makhluk berlandaskan syariat yang memilih manusia sebagai khalifah di dunia ini adalah satu tanggungjawab yang istimewa supaya manusia bersyukur dan senantiasa meningkatkan iman dan taqwa mereka. Seperti dalam tafsir al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 30 :

"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau berkata kepada malaikat sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang khalifah. Berkata mereka : Apakah engkau hendak menjadikan padanya orang yang merosak di dalamnya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau? Dia berkata : Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"

  • Oleh yang demikian,berdasarkan pengertian daripada firman Allah di atas, manusia mestilah menjalankan peranannya sebagai khalifah yang beriman di dunia ini tanpa meninggalkan perintah Allah dan menjauhi nafsu dan syaitan yang merasuk manusia.